HIS 213/4 SUMBER DAN PRINSIP PERUNDANGAN ISLAM
| Bil. |
Senarai Pensyarah |
No. Tel/emel/bilik
|
| 1. | Dr Jasni bin Sulong (Penyelaras Kursus) | 04-6577888 ext: 3863 jasni@usm.myNo. 036 Bangunan C20 |
| 2. | Dr Hasanah binti Abd. Khafidz | 04-6533888 ext. 2873 hasanah@usm.myNo. 229 Bangunan C24 |
Falsafah Penawaran Kursus:
Kursus ini adalah merupakan salah satu kursus wajib dalam komponen Minor Pengajian Islam yang akan menumpukan kepada perbincangan khusus sekitar perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajian syariah yang dianggap sebagai teras kepada pengajian Islam umumnya. Setiap pelajar yang berminor Pengajian Islam adalah diwajibkan mengambil dan lulus kursus ini. Secara umumnya, kursus ini akan memberikan kefahaman asas tentang sumber-sumber hukum syariat Islam dan prinsip-prinsip perundangan Islam yang diterima pakai oleh seluruh umat Islam.
Objektif Kursus:
- Membolehkan para pelajar memahami dimensi-dimensi perundangan Islam secara meluas dan mendalam berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah serta kaedah-kaedah yang betul.
- Mendorong para pelajar ke arah kemantapan budaya intelektual yang berteraskan akidah Islam yang sahih, ilmu yang bermanfaat dan amal yang salih sebagai satu cara hidup yang sempurna.
- Membentuk kefahaman para pelajar ke arah kemantapan budaya ilmu agar dapat memahami proses pembentukan hukum Islam serta mampu menghadapi berbagai-bagai cabaran dengan pegangan akidah yang teguh lagi rasional.
Rangka Kursus:
|
Minggu |
Tajuk-tajuk Kuliah* |
Pensyarah |
|
1
|
Definisi hukum Pembahagian hukum Definisi hukum syarak Hukum taklifi (تكليفي) dan pecahannya |
Dr Jasni |
|
2
|
1.4 Hukum taklifi (تكليفي) 1.5 Hukum wad’ie (وضعي) dan pecahannya
|
Dr Jasni |
|
3
|
Syarat sah taklif Taklif dan kemampuan Kelayakan dalam taklif
al-Quran sumber utama Definisi al-Quran Pendalilan al-Quran
|
Dr Jasni |
|
4
|
Kaedah pentafsiran nas Nasakh hukum |
Dr Jasni |
|
5
|
4.1 Definisi al-Sunnah / al-Hadith 4.2 Dalil kehujahan al-Sunnah 4.3 Pembahagian al-Sunnah berdasarkan sanad 4.4 Peranan al-Sunnah di samping al-Quran
|
Dr Jasni |
|
|
CUTI PERTENGAHAN SEMESTER
|
|
|
7
|
5.1 Definisi al-Ijmak (الإجماع) 5.2 Hujahan al-Ijmak 5.3 Bentuk-bentuk ijmak
|
Dr Jasni |
|
8
|
6.1 Definisi al-Qiyas (القياس) 6.2 Hujahan al-Qiyas 6.3 Rukun al-Qiyas 6.4 Bentuk-bentuk al-Qiyas
|
Dr. Jasni
|
|
9
|
7.1 Definisi al-Istishab 7.2 Hujahan, bentuk dan kaedah terlahir
8.1 Definisi al-Istihsan 8.2 Hujahan dan bentuk
|
Dr. Hasanah
|
|
10
|
8. Al-Istihsan [sambungan] 8.3 Bentuk Istihsan
9.1 Definisi al-Masalih al-Mursalah 9.2 Pembahagian, hujahan dan bentuk
|
Dr Hasanah |
|
11
|
10. Al-‘Urf (العرف)
11. Syariat Nabi-nabi Terdahulu (شريعة من قبلنا)
|
Dr Hasanah |
|
12
|
12. Fatwa para Sahabat Nabi Muhammad s.a.w 12.1 Definisi fatwa dan Sahabat 12.2 Hujahan dan pandangan ulama
13. Al-Ijtihad ulama (الإجتهاد)
|
Dr Hasanah |
|
13
|
14. Al-Taqlid (التقليد) dan hubungannya dengan ijtihad
15. Al-Ittiba’ (الإتباع) Definisi Kedudukan dan hujahannya
|
Dr Hasanah |
|
14
|
16. Al-Talfiq (التلفيق) Definisi Kedudukan dan hujahanya
17. Mempelajari beberapa prinsip perundangan Islam Syak tidak boleh menghilangkan yakin (الشك لايزول إلا باليقين)
Setiap amalan itu bergantung kepada niat (إنما الأعمال بالنيات) Hukuman hudud boleh digugurkan kerana adanya syubhat (تدرء الحدود بالشبهات)
|
Dr Hasanah
|
|
15
|
17. Prinsip perundangan Islam [sambungan] Setiap ibadah itu pada asalnya haram dilakukan kecuali apabila diperintahkan (الأصل في العبادات حرام مالم تؤمر) Tindakan gopoh sebelum tiba masanya akan mengorbankan hak kepentingan asalnya (من استعجل قبل أوانه عوقب بحرمانه)
Tindakan seorang pemimpin Negara Islam bergantung kepada maslahah semasa (تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة)
|
Dr Hasanah |
|
16
|
MINGGU ULANGKAJI
|
|
|
|
PEPERIKSAAN AKHIR |
|
* Tajuk kuliah, tarikh dan minggu terlibat adalah tertakluk kepada pindaan.
Kaedah Pengajaran, Masa dan Tempat Kuliah
2 jam kuliah dan 1 jam tutorial. Kegagalan hadir tutorial sebanyak 3 kali berturut-turut tanpa alasan yang boleh diterima akan dihalang daripada menduduki peperiksaan.
Cara Penilaian
30 % kerja kursus (10% ujian dan 20% esei panjang) dan 70 % peperiksaan akhir. Para pelajar juga perlu menduduki ujian (test) sebagai sebahagian daripada kerja kursus.
- Ujian pertengahan semester: Minggu ke-5
- Tarikh serah tugasan : Minggu ke-7
Kerja Kursus
Setiap pelajar dikehendaki menyediakan sebuah esei sekitar 10-15 halaman kertas A4 serta bertaip selang dua baris. Bentuk Persembahan tugasan/esei ini mestilah memenuhi kriteria berikut:
- Muka kulit (Nama pelajar, No. matrik, Tajuk esei dan Nama Pensyarah/Tutor)
- Mempunyai kandungan isi perbincangan
- Ada tajuk-tajuk kecil (sub-topik)
- Gunakan font Times New Roman, saiz 12
- Tajuk dan sub-tajuk hendaklah ringkas, jelas, bold atau italic atau kedua-duanya
- Hendaklah justify pada paragraf teks anda
- Gunakan spacing 1.5 atau 2.0 (double)
- Kandungan teks di antara 10 hingga 20 halaman
- Pastikan keaslian idea, elakkan daripada copy n paste melalui internet secara sepenuhnya sehingga bahasa Indonesia tidak dipinda dsb.
10. Menyatakan citation/nota kaki kepada fakta dan data
11. Tugasan/esei yang sama (peniruan) akan membawa markah sifar (0)
12. Kesimpulan kepada tajuk
13. Senarai Rujukan/Bibliografi
14. Pastikan tajuk dan penulisan tidak terseleweng
Nota kaki / Bibliografi
1. Format: Nama pengarang, tajuk buku, jilid/hlm. Contoh: 1 Ali bin Abu, Hukum Islam Semasa, h. 74.
2. Hadith perlu dinyatakan periwayatnya dan al-Quran perlu ada surah dan ayatnya.
3. Rujukan kepada laman web hendaklah menggunakan format:
Tajuk laman web, Alamat laman web, tarikh dilawati.
Contoh: 17 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, http://www.islam.gov.my/portal, 20 April 2007.
Format bibliografi yang perlu diikuti ialah: Nama pengarang (tahun penerbitan), Tajuk buku. Tempat terbitan: Penerbit. Contoh: Jasni bin Sulong (2007), Pembaharuan Undang-undang Pusaka Islam. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Rujukan:
- Al-Qur’an.
- Al-Hadith.
- Abd. Latif Muda dan Rosmawati Ali (1997), Pengantar Usul Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
- Abdul Kadir Hassan (1977), Usul Fiqh. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.
- Abdul Wahhab Khallaf (1985), Kaidah-kaidah Hukum Islam. Bandung: Penerbit Risalah.
- A. Hanafie (1988), Usul al-Fiqh. Klang Book Centre.
- Ahmad Rafaai Ayudin (1994), Usul Fiqh. T.t.p.: Penerbitan al-Ramadhan.
- Alwani, Taha Jabir Fayyad (1990), Usul al fiqh al Islami : Sources Methodology in Islamic Jurisprudence, Methodology for Research And Knowledge. BP145.A477 1990.
- Hamka (1966), Pengantar Usul Fiqh. Jakarta: Djajamurni.
- Hasan bin Haji Salleh (1973), Pengantar kepada Fiqh Islam. Kota Bharu Kelantan: Aman Press.
- Kasim Salleh (1989), Ijtihad, Sejarah dan Perkembangannya. al-Rahmaniah.
- Khadduri. Majid (1961), Islamic Jurisprudence: Shafi’i Risala. BP150.S525.
- Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid (2001), Dinamisme Pengajian Syariah, Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
- Mohd Hashim Kamali (1998), Principles of Islamic Jurisprudence. Kuala Lumpur: Ilmiah Publishers Sdn. Bhd.
- Mohd. Saleh Haji Ahmad (1999), Pengantar Syari’at Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.
- Mukhtar Yahya, Prof. Dr.; Fatchurrahman, Prof Drs. (1986), Dasar-dasar Pembinaan Hukum Islami. P.T. al-Ma’arif Bandung.
- Muhammad Abu Zahrah (1968), Usul al-Fiqh. T.t.p.: Dar al-Fikr.
- Muhammad Shalih al-‘Utsaimin (1411H), Pengenalan Ringkas kepada Ilmu Ushul Al-Fiqh. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.
- Munir ‘Umar, Drs. (1986), Usul Fiqh I dan II. Jakarta: Projek Pembinaan Prasarana dan Sarana Perguruan Tinggi Agama IAIN.
- O.K. Rahmat (1988), Sumber dan Prinsip Perundangan Islam. Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan: USM.
- Ramayulis (1989), Ushul Fiqh. Jakarta: Kalam Mulia.
- T.M.Hasbi Ash-Siddieqy (1986), Pengantar Hukum Islam. Bulan Bintang, Thinkers Library.
- ‘Ulwan Abdullah Nasih (1986), Pengenalan Syari’ah Islamiyyah Fiqh dan Sumber-sumbernya. (Terj: Abdul Rashid Daud), Kota Bharu Kelantan: Pustaka Aman Press.
- Ya’qub Ismail (1988), Usul al-Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Khitam:
Fiqh adalah pemahaman mujtahid ke atas sumber-sumber hukum syarak. Pemahaman ini berbeza-beza di antara seorang mujtahid dengan yang lain sehingga melahirkan mazhab fekah. Kehidupan dan keperluan manusia yang berubah menjadikan fiqh bersifat dinamis dan fleksibel sesuai dengan kebajikan dan kemaslahatan hidup manusia pada satu-satu masa. Justeru, pengetahuan tentang fiqh dan sumber hukum menjadi elemen penting dalam menentukan hukum-hukum Islam semasa khususnya pada zaman kini yang begitu mencabar dan kompleks. Kursus ini cuba menunjukkan bahawa fiqh Islam adalah hidup dan berkembang mengikut keadaan sezaman. Oleh kerana itu, kefahaman ke atas fekah dan sumbernya adalah sesuatu yang amat bernilai pada hari ini!